Wednesday, September 17, 2014

Urusan Akad Nikah Wali Hakim Siam Yang Diiktiraf Kerajaan Malaysia


Perkhidmatan Pernikahan Perkahwinan Poligami Bertauliah Sah Syarak

Pakej Kahwin Nikah Poligami Ijab Kabul Di Selatan Sempadan Thailand

Khidmat Kahwin Gantung Nikah Khitbah Di Betong Yala Daftar Malaysia


As salam,

Saya menawarkan khidmat nikah, kahwin, poligami, wali hakim dalam masa 1 jam sahaja yang dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala Cawangan Betong. Kawasan ini aman & tenteram tanpa sebarang perintah darurat. Tiada ancaman banjir seperti di Songkhla & Narathiwat. Majoriti penduduk di sini adalah Melayu Islam bermazhab Shafie yang fasih berbahasa Melayu & menggunakan Ringgit Malaysia dalam urusan seharian.

Hanya Negeri Yala mempunyai Pejabat Agama yang terletak 5 minit perjalanan dari Kompleks Imigresen Malaysia (5 minit sahaja dari sempadan). Jangan percaya dengan kenyataan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana nikah yang dibuat di sini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Ini telah disahkan oleh Pejabat Agama di Malaysia & di Thailand.

Sejak dari tahun 2009 hingga ke hari ini, saya telah membawa lebih dari 500 pasangan tanpa sebarang masalah untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi Wilayah Yala terdiri daripada tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Wakil Rakyat, Tuan Guru dan Pegawai Majlis Agama akan menjadi saksi nikah. Sijil Nikah yang asli akan terus diberikan kepada pasangan selepas akad nikah.

Tiada masalah untuk daftar di Malaysia kerana semua dokumen yang berkaitan akan dibekalkan. Pegawai Agama di sana juga sedia datang ke Malaysia bagi membantu urusan daftar nikah pasangan. Elakkan bernikah di tempat awam seperti rumah kadi, masjid, hotel, dll kerana pasangan berisiko ditipu oleh Sindiket Nikah yang tidak diiktiraf. Tidak sah nikah jika akad dibuat dalam Malaysia oleh kadi dari Thailand.

Kenderaan disediakan dari Tol Kuala Kangsar Lebuhraya PLUS/Gerik/Pulau Pinang/Baling/Pengkalan Hulu. Saya hanya membawa 1 pasangan bagi setiap perjalanan (bukan secara berkumpulan) untuk menjaga privacy pasangan terbabit. Tiada kos tambahan dikenakan jika rakan atau wali/ahli keluarga turut serta semasa urusan.

Saya sendiri menguruskan segala urusan hingga selesai, bukan melalui pihak ketiga atau agen.

Sila email elmyda@gmail.com atau call +60175955633 untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.

Wednesday, September 3, 2014

Tak sukar berpoligami di Yala


Daripada YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


YALA, Selatan Thailand - Pasangan rakyat Malaysia boleh bernikah, termasuk berpoligami di daerah ini tanpa perlu melalui pelbagai prosedur seperti turun naik mahkamah atau mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Malah, Kadi Syarie Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Ismail Hari mendedahkan, terdapat pasangan dari Malaysia yang sudah terlanjur dengan kandungan sudah mencecah usia tujuh bulan, datang ke daerah itu untuk bernikah selepas gagal berbuat demikian di negara asal disebabkan perlu mengikut prosedur ditetapkan.

Selain itu, katanya, terdapat juga pasangan muda yang tidak mendapat restu daripada ibu bapa mereka untuk melangsungkan perkahwinan, bernikah di situ, selain golongan selebriti dan orang kenamaan yang ingin menyembunyikan pernikahan mereka.

"Secara purata, sebulan sebanyak 20 pasangan dari Malaysia majoriti berusia 20 tahun ke atas bernikah di sini, termasuk yang hendak berpoligami.

"Di sini nak berpoligami tidak ada syarat, bebas. Latar belakang pasangan juga tidak ditanya dengan kebanyakan menggunakan wali hakim yang diberi tauliah oleh majlis," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada sekumpulan 34 rombongan dari Kelantan di kalangan pemimpin agama, pentadbir institusi pendidikan dan wartawan yang dalam rangka lawatan ke Thailand.

Lawatan itu atas jemputan Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Kota Bharu dalam usaha mengukuhkan hubungan antara masyarakat Islam di Thailand terutama di wilayah selatan, dengan Malaysia khususnya Kelantan. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Konsul Jeneral, Surapon Petch-Vra.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertuanya, Ahmad Tuyong memberitahu, terdapat dua kaedah perkahwinan membabitkan warga asing iaitu bernikah di rumah atau di pejabat.

"Nak kahwin di rumah pun boleh tapi perlu surat kahwin dan surat pengesahan daripada pejabat agama," jelasnya.

Dalam pada itu, Surapon mencadangkan supaya Majlis-majlis Agama Islam di wilayah selatan Thailand mengadakan perbincangan atau pertemuan lebih kerap dengan Majlis Agama Islam di Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian berhubung masalah nikah kahwin membabitkan rakyat negara itu di sini. - Utusan

Sumber rujukan : Utusan Malaysia